Menjamu selera Kat Kg Sebatu



On Mobile
Merlimau

Melaka

29hb. Julai 2014 bersamaan 2 Syawal 1435H

Kami tiba di Madrasah Al-Ehsan, waktu lebih kurang hampir azan Magrib. Tidak lama kemudian, Khairy pun tiba. Kita mengikut motor dia sehingga ke rumah halamannya.

Setelah kita masuk lorong di kiri dari jalan ke Sungai Rambai, teradanya sebuah sungai di sebelah jalan padat dengan bermacam-macam pokok.

Di sebelah kiri kereta kita di sepanjang jalan terdapat juga banyak pokok besar dan kecil dengan rumah tradisi berjarang-jarang.

Hampiri sekilometer dua, kita pun ternampak banyak pelita jenis berminyak tanah. Anggaran saya, jumlah pelita minyak tanah di situ menjejak puluhan, silap-silap dekat seratus.

Tertarik dengan keindahan kampong, saya pun merakam video suasana pelita untuk berkongsi dengan orang ramai; mahupun Orang Melaka ataupun Orang Malaysia dan juga penonton-penonton YouTube di seluruh dunia. Cengkerik pun menyanyi ketika itu dan disempurnakan oleh katak-katak memanggil ‘Ong Ong’. Memang dulu-dulu, suasana pelita-pelita minyak tanah adalah suatu perkara biasa, tetapi kebelakangan ini, pengamalannya makin lama makin kurang. Semakin ramai sudah beralih kepada penggunaan pelita electrik dan ramai lagi akan turut bersama. Malam Rabu, Syawal ke Dua, saya amat bertuah kerana dapat menikmati keindahan raya di Kampung Sebatu, Merlimau.


Di situ, barang siapa dalam perasaan apa jua pun, akan berinsaf apa ertinya balik ke pangkuan bonda. Keadaan kasih sayang semalam membawa suatu ilham pantun yang cukup jelas di mana teringatnya suatu pantun salam Aidilfitri. Pantun itu berbunyi begini:

Pasang pelita rapat-rapat,
Biar sampai ke hujung titi,
Semoga silatulrahim bertambah erat,
Bila Syawal menjelang nanti.

Tiba-tiba, terdengar suara Khairy menjemput saya menjamu selera dengan masakan Ala Kampung siap dihidang di atas tiga hingga empat ‘Tok Panjang’. Dulu kala, dan sehingga kini, Baba dan Nyonya akan menjemput orang ramai untuk menjamu selera di 'Tok Panjang'. Perkataan 'Tok' berasal dari suku kaum Cina, berketurunan Hokkien dan orang Hokkien memanggil meja, 'Tok'. Oleh sebab, suatu meja yang panjang harus diguna untuk ramai orang, maka itulah, 'Panjang' disebut. Brian, kawan saya dari Australia masih terkagum dengan masakan warisan kita apabila saya menuju ke khemah makanan.

Sanak-saudara Khairy, di sertai dengan kakanda dan abang-abangnya sedang menunaikan Solat Isyak di dalam rumah mereka.

Selepas itu ramai anak buah Khairy menurun padang untuk menyediakan daging ayam dan lembu untuk barbeku.

Saya mencuba nasi goreng dulu manakala Brian merasai ketupat. Bersama kita berdua, kemeriahan semalam diperkayakan dengan ketibaan Saravanan, isteri dan anaknya. Brian amat terkagum dengan cara kita, apabila dia terlihat Orang Melaka; tak kira Orang Cina, Orang India, Orang Melayu menjamu selera bersama-sama. Maka itulah, Brian dijemput untuk mengambil gambar untuk kenang-kenangan bahawa kita adalah tunggak (pillar) 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berbahagia Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. 

Semua hidangan amat sedap. Nama makanan yang dicuba adalah seperti berikut;
Nasi Goreng
Otak-Otak
Sup Campur Berbola
Mee Kari Bercampur Dengan Kerang
BBQ Ayam dan Lembu
Epal Berempah Buah
Buah-buahan Bercampur
Rambutan Segar Atas Pokok
Bubur Kacang Hijau Durian

Note:
You are able to select your language preference by using the Google Translate Gadget on the Right Bar of the Desktop view.
您可以通过使用谷歌翻译小工具在桌面视图的右边栏选择你的语言首选项。
Post a Comment