Al-fatihah - Allahyarham Datuk Tahir Hassan

Jenazah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Tahir Hassan, 69, yang meninggal dunia semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Bertam Malim di sini, kira-kira jam 11.45 pagi tadi. Jenazah Allahyarham sebelum itu disembahyangkan di kediamannya di Kampung Bertam Malim. Turut hadir, Yang di-Pertua negeri Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan barisan pemimpin kerajaan negeri termasuk pembangkang. Semoga keluarga Allahyarham bertabah.


Comments